Sabtu, 14 Mac 2009
KERTAS KERJA SEMINAR
Ucaputama
YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan,Timbalan Pengerusi, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak merangkap Menteri Kemudahan Awam dan Menteri Perancangan Sumber II.
LOKASI/MASA: 3.00 petang-4.30 petang
Moderator/Pengerusi∗: Tan Sri Datu Prof. Dr. Mohamad Taha Arif
Sains & Teknologi dan Masyarakat Melayu:Suatu Retrospektif
Profesor Dr Fatimah Abang, UNIMAS
Ketahanan Kebudayaan Melayu
Prof. Madya Dr. Junainah Solehan, UKM
Peranan Melayu dalam Memperkukuhkan Masyarakat Berbilang Kaum di Sarawak
PM Dr. Awang Hasmadi Awang Mois, UBD
20 Mac
LOKASI/MASA: 8.30 pagi-9.30 pagi
Moderator/Pengerusi∗: Datu Dr Adi Badiozaman Tuah
Peradaban Melayu Sarawak dalam Konteks Nusantara
Dr. Suffian Mansor, Universiti Malaya
Demografi Melayu Sarawak: Perspektif Pembangunan Masyarakat
Dr. Lam Chee Kheung, IEAS, UNIMAS
Kuching sebagai Nadi dan Pusat Budaya Melayu Sarawak: Harapan dan Realiti
Dr. Shaari Abdul Rahman, Institut Aminuddin Baki dan Dr.Awang Azman Awang Pawi,UNIMAS
LOKASI/MASA: 10.00 pagi-11.30 pagi
Moderator/Pengerusi: Dr Mohammad Jais
Budaya Usahawan Bumiputera di Sarawak: Realiti dan Cabaran
YB Tuan Haji Naroden Majais dan Prof. Madya Dr. Rosni Bakar, Jabatan Ketua Menteri
Status Sosio-ekonomi Melayu di Sarawak Pencapaian Ekonomi Melayu Sarawak
Prof Madya Dr. Jamil Haji Hamali,Prof Madya Dr. Rosita Haji Suhaimi,Dr. Nurhani Aba Ibrahim, UITM, Kota Samarahan
Pembangunan Masyrakat Melayu Pesisir: Peserta atau Penonton?
Mohamad Suhaidi Salleh dan Awang Mashabi Awang Mohamad
LOKASI/MASA: 2.30 petang-3.30 petang
Moderator/Pengerusi: Prof. Madya Dr Othman Bojo
Pendefinisian Semula Jati Diri dalam Masyarakat Melayu Sarawak dalam Pembentukan Bangsa Malaysia
Saiee Driss, BPPMIS
Zapin Melayu Sarawak: Seni Tari Autentik –Sharkawi Haji Amit,
Pengurusan Seni dan Budaya dalam Organisasi Melayu Sarawak
Abang Pateli Abang Muhi, DBPS
Bergendang dan Bermukun dalam Budaya Melayu Sarawak
Salbia Hassan dan Fatimah Subet, Pusat Pengajian Bahass, UNIMAS
LOKASI/MASA: 3.45 petang- 4.45 petang
Moderator/Pengerusi: Dr. Sopian Bujang
Kias dan Ibarat dalam Pantun Melayu,
Hazami Jahari, DBPCS
Zikir dalam Masyarakat Melayu Sarawak.
Dr Djuanda Jaya, Pejabat Mufti Negeri Perlis
Tasawuf Islam dalam Masyarakat Melayu Sarawak- Tuan Haji Raslie Saharan
Transformasi dalam Budayas Bergendang Melayu Sarawak
Tuan Hj Shantrol Abdullah
21 Mac
LOKASI/MASA: 8.30 pagi-9.30 pagi
Moderator/Pengerusi∗: Dr. Shahren Ahmad Zaidi Adruce
Cabaran Pendidikan dalam Masyarakat Melayu Sarawak
Dr. Julaihi Bujang, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Peranan Wanita dan Belia: Perspektif Melayu Sarawak,
Aishah Edriss
Penglibatan Orang Melayu Sarawak dalam Sukan dan Pengurusan Sukan
Abang Ismail Abang Julhi dan Haji Norani Drahman, Salmie Haji Lilek, Maktab Perguruan Batu Lintang
LOKASI/MASA: 10.00 pagi- 11.00 pagi
Moderator/Pengerusi:
Politik Melayu Sarawak: Cabaran dan Masa Depan
Dr. Mohd Faisal Syam Abdol Hazis, Fakulti Sains Sosial, UNIMAS
LOKASI/MASA:11.00 pagi-12.00 t’hari
Moderator/Pengerusi: Dr Zulwali Kipli Merawi
Seminar Melayu Sarawak 1-IV: Satu Penilaian Semula
Prof. Madya Datu Sanib Said dan Datu Dr. Adi Badiozaman Tuah
Resolusi dan Perbincangan
TAMAT
*kertas kerja iringan
Kesantunan Berbahasa dalam masyarkat Melayu Sarawak Rosnah Mustafa, Hamidah Abdul Wahab dan Wan Robiah, Pusat Pengajian Bahasa, UNIMAS
Ahad, 1 Mac 2009
SEMINAR BUDAYA MELAYU SARAWAK V, 15-21 Mac 2009
Sabtu, 28 Februari 2009
SEMINAR BUDAYA MELAYU SARAWAK KE-5, 15-21 March 2009
Pengenalan
Sempena dengan perayaan ulang tahun ke 45 penubuhan Malaysia, masyarakat Melayu Sarawak (MMS), seperti juga masyarakat lain di negeri ini diminta untuk menyumbang sama dalam merealisasikan semangat dan aspirasi Simposium Budaya Sarawak yang bermatlamat :
a. Mengupas kembali nikmat keunikan dan kekayaan budaya bersama;
b. Mengingatkan generasi muda kepentingan hidup bersama dalam suasana kepelbagaian budaya dan masyarakat; dan
c. Memperkukuhkan silaturahim, kefahaman dan toleransi pelbagai budaya.
a. Aspek Pendidikan (Pembangunan budaya ilmu dan pertumbuhan serta perkembangan tradisi intelektual di kalangan masyarakat Melayu Sarawak);
b. Aspek ekonomi (Bentuk ekonomi dan penyertaan MMS dalam pembangunan ekonomi Sarawak dan Malaysia; sumber ekonomi dan dana);
c. Aspek sosio-budaya (Agama, bahasa, adat dan kekeluargaan);
d. Aspek kesenian (material dan non material); dan
e. Aspek politik dan pemerintahan (Perundangan, kepimpinan dan penyertaan dalam pembangunan politik kenegerian dan kenegaraan).
SBMS bertujuan menyediakan ruang dan peluang kepada pelbagai lapisan masyarakat Melayu Sarawak dari seluruh pelusuk negeri Sarawak untuk berjumpa dan berbincang di kalangan sesama mereka sendiri menyelusuri sejarah, membincang cabaran, menilai pencapaian dan merangka aspirasi budaya bangsanya. Adalah diharapkan melalui kesempatan sebegini mereka akan lebih memahami dan dapat menghayati, dan kemudiannya lebih bersedia untuk memaklumi, menghargai dan mengiktiraf kebermaknaan peranan dan sumbangan masyarakatnya dalam pembentukan jati diri sebuah negara bangsa yang merdeka. Pada masa yang sama, SBMS ini juga bertujuan menyediakan wadah kepada mereka untuk mempamer dan show-case pelbagai aspek budaya yang mencirikan keunikan dan kehebatan masyarakat Melayu Sarawak.
Secara khusus Seminar Budaya Melayu Sarawak V bertujuan:
2.1. Membincang dan menilai secara kritis sejarah kemajuan dan perkembangan MMS dalam bidang-bidang pendidikan, keagamaan, ekonomi, sosio-budaya, kesenian dan politik yang dianggap penting dalam pembentukan sejarah dan pembentukan lanskap sosio-budaya dan politik negeri Sarawak.
2.2. Mengenalpasti dan menetapkan dengan penuh rasa yakin kebermaknaan dan kepentingan sumbangan MMS dalam pembentukan jati diri bangsa Malaysia amnya, dan wajah serta imej anak Sarawak khasnya; dan
2.3. Menampil dan mempamerkan pelbagai aspek kesenian, keadatan dan kebudayaan MMS yang unik dan bernilai budaya yang tinggi.
3. Tema
Budaya Melayu Sarawak – Mutiara di Samudera Luas
4. Format SBMS
Untuk mencapai matlamat tersebut di atas, aktiviti-aktiviti berikut difikirkan sesuai untuk dilaksanakan :
a. Majlis Ilmu : Forum, Bengkel, Sembang, Ceramah, dan Seminar;
b. Pameran : Artifak kesenian dan budaya, dll.
c. Demonstrasi(pertunjukan) : Penghasilan kraftangan, hasil seni, makanan, dll.
d. Persembahan : Acara kesenian dan keadatan;
e. Bazarnita : Menjual produk asli MMS; dan
f. Majlis Penghargaan dan Pengiktiran Budaya.